Memberi kurus asas kepada peminat fotografi yang baru memiliki kamera DSLR dan memberi Kursus Lanjutan kepada yang ingin menambah pengetahuan dalam fotografi.
Kursus Fotografi Lanjutan 'Komposisi' Siri 01 - Alor Setar
Kursus Fotografi Lanjutan "Komposisi" telah diadakan pada 16 Julai 2011 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar. Seramai 17 orang peserta telah mengambil bahagian. Setelah memahami apa itu Komposisi Dalam Fotografi semasa berada di dalam kelas, peserta di bawa pula ke Taman Bunga untuk mengadakan sessi outing dengan di bantu oleh 3 orang model yang comel-comel belaka.
Peserta berpuas hati dan mencadangkan supaya diadakan lagi aktiviti outing.
