Biodata .....
Saya Azani
bin Che Din di lahirkan pada 1954 dan dibesarkan di Jitra, Kedah. Telah bertugas di Jabatan Perkhidmatan Pos dan kemudiannya bertukar kepada Pos Malaysia Bhd. Jawatan terakhir saya sebagai Ketua Pos, Pejabat Pos Besar, Pulau Pinang sebelum itu sebagai Ketua Unit Kualiti, Pos Malaysia Negeri Pulau Pinang.
Mula meminati bidang fotografi semasa di sekolah rendah 1964. Kamera pertama digunakan jenis ‘Diana F’ menggunakan filem jenis ‘120’.
Mula meminati bidang fotografi semasa di sekolah rendah 1964. Kamera pertama digunakan jenis ‘Diana F’ menggunakan filem jenis ‘120’.
Semasa
dalam tingkatan dua 1968 telah menggunakan kamera bejama YASHICA-D twin
lens filem jenis 120-12 exp. Dari
sinilah bermula saya sebagai photographer di majlis perkahwinan. Pada zaman ini gambar
perkahwinan cuma 4 keping sahaja. Dua kali snap berduduk dan dua kali berdiri.
Selepas itu diberi kepercayaan untuk mengambil gambar penuntut setiap kelas di sekolah-sekolah.
Pada masa ini tidak ada kelas fotografi oleh kerajaan atau swasta seperti sekarang. Hanya ada satu kursus sahaja di Pusat Latihan Belia Pertak. Saya
cuba memohon tetapi ditolak kerana saya berkelulusan SPM mereka cuma terima pelajar yang gagal SRP
Saya sedang mencetak gambar 1972 |
Saya amat berterima kasih kepada Cikgu Razali
yang pertama kali menujudkan Kelab Kamera Sekolah Menengah Pulau Nyior, Jitra.
Walau saya telah meninggalkan sekolah ini, diatas rayuan saya, Cikgu Razali
menerima saya sebagai ahli Kelab Kamera. Disini lah saya mula mempelajari ilmu
fotografi. Apa itu fokas, aperture, speed, rule of third dan lain-lain lagi.
Disamping itu juga saya diajar bagaimana
memproses dan mencetak gambar hitam
putih.
Oleh kerana minat dan kesungguhan saya dalam
fotografi saya telah menjadi tenaga pengajar di Kelab Kamera sekolah tersebut.
Dalam tahun 1974 saya bertugas di Kuala Lumpur dengan wang gaji saya, saya dapat memberi
sebuah kamera SRL jenis ‘Pentax K1000’.
Kamera ini lah banyak memberi pengalaman dan pulangan kepada saya. Pada masa
susah kita nak jumpa orang menggunakan kamera SLR. Saya menjadi jurufoto perkahwin hampir setiap
hujung minggu ada saja tugas saya.
Bersama Tn.Hj. Hamzah Hurmin |
Disamping menjadi jurufoto perkahwinan saya
juga menjadi jurufoto untuk jabatan
saya. Kerana saya saja yang mempunyai kamera dan jabatan tidak mempunyai unit
multimedia seperti sekarang. Dalam tahun 1976 saya menjadi ahli ‘ASFON’ di Kuala Lumpur satu-satunya kelab fotografi yang ada di Malaysia pada masa itu Presidennya
Tn.Hj.Hamzah Hurmin dan En. Ridwan Ahmad atau Ridwan Fotomedia (Pak Wan).
Mereka inilah otai dan idola saya sehingga sekarang.
Dalam tahun 1980 saya bertukar ke Pulau
Pinang dan meneruskan keria saya sebagai jurufoto perkahwinan dan jurufoto untuk
jabatan saya. Saya terpaksa mengurangkan
aktiviti jurufoto saya kerana tugas saya
sebagai kakitangan kerajaan lebih perlu diberi perhatian.
Saya besara dalam tahun 2010 bagi memenuhi
masa lapang saya, saya bercadangan untuk memberi ilmu fotografi kepada
pemininat fotografi. Kerana pada masa tersebut saya dapati tidak ada atau susah
untuk mencari kelas yang mengajar fotografi kalau ada pun cuma di Kuala Lumpur
sahaja.
Saya memulakan kelas saya yang pertama pada
11 Februari 2010 di Seberang Prai.
Memandang telah ramai yang telah mengikuti kurusu ini, saya berfikir bagaimana kah untuk mengumpul semua mereka semula. Jadi saya dengan sokongan rakan-rakan saya menubuhkan KELAB FOTOGRAFI WILAYAH UTARA MALAYSIA Dengan adanya kelab ini dapat semua peminat fotografi berjumpa, ber tukar pengalam dan menambahkan lagi pengetahuan dalam bidang fotografi.
Salam dari saya.
Azani bin Che Din